Kandungan Blog
word 2
word 1
Thursday, November 21, 2013
Thursday, November 14, 2013
Program Khidmat Masyarakat Warga SMART Teluk Intan
Pada tahun ini unit kokurikulum memperkenalkan program Khidmat Masyarakat kepada semua pelajar sekolah menengah sebagai syarat graduat. Justeru satu Program Khidmat Masyarakat telah diatur dan dilaksanakan di dua lokasi sekitar SMART. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 itu telah berjaya dilaksanakan di Rumah Titian Ashraful Rohaniah ,Kg Selabak Luar yang melibatkan semua pelajar perempuan dan juga di Masjid As Saadah, Kg Selabak Dalam yang melibatkan semua pelajar lelaki.
Antara objektif program diadakan ialah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid dan dapat mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.
@ Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Kg Selabak Luar
Papan tanda ke lokasi program khidmat masyarakat. |
Teratak Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Kg Selabak Luar, Teluk Intan. |
Para pelajar bersama warga Rumah Titian Ashraful Rohaniah. |
Dapat keje cuci pakaian. |
Dapat keje jemur bantal pun jadile... |
Bersama warga cilik RTAR. |
Banyak lagi nak kena basuh ni... |
PK Kokurikulum SMART, Pn Kamariah bersama PK HEM SMK Raja Muda Musa, Tn Hj Jalani Kasmuri yang turut hadir untuk program yang sama bersama warga SEMAJA. |
Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie menyampaikan sumbangan bagi pihak warga SMART kepada Pengurus Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR), Pn Rohana. |
Antara barisan pentadbir SMART & SEMAJA dan RTAR. |
Antara barang-barang keperluan harian yang disumbangkan kepada pusat tersebut. |
Tuesday, November 5, 2013
Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMART 2013
Hari Anugerah Kokurikulum merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar.
Hari ini merupakan hari untuk pengiktirafan ke atas kejayaan murid dalam bidang
kokurikulum. Selain mendapatkan penghargaan, ia juga menampilkan persembahan
murid dalam bidang kokurikulum yang telah diceburi. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMART 2013 telah dilangsungkan pada hari Rabu, 30.10.2013 bermula jam 3.00 petang di Dewan SMART. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMART, Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd. Karim, PPT.
Antara hadiah penghargaan yang diberikan adalah termasuk Hadiah bagi aktiviti 1MURID1SUKAN, Sijil AJK dan
ahli aktif bagi Kelab/Persatuan/ Permainan/Unit Uniform, Hadiah Inisiatif Khas murid yang mewakili Daerah,
Negeri dan Kebangsaan, Hadiah
Kelab/Persatuan : Kelab/ Persatuan
Teraktif, Papan Kenyataan
Terbaik, Pengurusan Fail
Terbaik dan Anugerah Khas. Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2013.
Antara keputusan yang diperolehi :
1) TOKOH PELAJAR
i.
TOKOH PELAJAR LELAKI : MOHD SHAHRUL
BIN SAIDAN (5T)
ii.
TOKOH PELAJAR P'PUAN : SITI NUR AINUN BT.
MOHD ZAMHARI (5SC)
2) ANUGERAH PENCAPAIAN KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
i.
JOHAN :
PERSATUAN BAHASA MELAYU
ii.
NAIB JOHAN :
UNIT BERUNIFORM ST. JOHN AMBULANS
iii.
KETIGA :
KELAB HOKI
3) ANUGERAH PENGURUSAN FAIL KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
i.
JOHAN :
PERSATUAN BAHASA INGGERIS
ii.
NAIB JOHAN :
KELAB PENGGUNA
iii.
KETIGA :
UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM
4) ANUGERAH PAPAN KENYATAAN KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
i.
JOHAN :
KELAB BOLA BALING
ii.
NAIB JOHAN :
KELAB PENGGUNA
iii. KETIGA : PERSATUAN BAHASA MELAYU
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah....
![]() |
Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie sedang berucap merasmikan majlis. |
![]() |
Anugerah Pengurusan Fail Terbaik : Kelab Bahasa Inggeris |
![]() |
Anugerah Papan Kenyataan Terbaik : Kelab Bola Baling |
![]() |
Anugerah Pencapaian Persatuan Terbaik : Kelab Bahasa Melayu |
![]() |
Sijil penghargaan untuk guru pelatih UPSI, Cik Repiahton Adawias bt Ibrahim. |
![]() |
Sijil penghargaan untuk guru pelatih UPSI, En. Nur Ezwan bin Mohidin. |
![]() |
Tokoh Pelajar Lelaki : Mohd Shahrul bin Saidan |
![]() |
Tokoh Pelajar Perempuan : Siti Nur Ainun bt Mohd Zamhari |
![]() |
Antara tetamu daripada JK PIBG yang hadir. |
Subscribe to:
Posts (Atom)